Search

KOMENTAR BUKU : Saya Ada 25 Jam Sehari.
Tulis...

  • Share this:

KOMENTAR BUKU : Saya Ada 25 Jam Sehari.
Tulisan : Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

+ Ketua Penasihat Syariah Bank Negara
+ CEO AMANIE GROUP.

Alhamdulillah selesai membaca buku ini setelah 3 hari. Kekangan kerja menyebabkan saya terpaksa menahan brek beberapa kali untuk membaca buku ini. Buku ini juga menyebabkan jantung saya berdegup laju. Helaian di belek selang seminit.

Menjadi antara 10 orang yang pertama membaca buku ini membuat saya amat teruja. Buku ini berbeza berbanding 100++ buku pengurusan dan motivasi yang ada di rak perpustakaan mini saya. Perbezaan yang jelas ialah kerana ia ditulis hasil pengalaman, bukan rujukan buku lain.

Kalau ingin saya senaraikan isi kandungan buku ini. Saya rasa artikel ini akan menjadi sangat panjang. Jesteru cukuplah kalau saya kemukakan point penting yang mungkin jarang saya temui dalam buku pengurusan masa yang lain.

1. TEKNIK PRATENTUAN.
Datuk Dr Daud mengunakan teknik ini untuk menyiapkan buku Mind Syariah dan Buku KE 2 ini. Disaat draf buku pertama sudah siap. Beliau mengunakan teknik ini untuk merangka buku ke 2 dan buku ke 3 beliau. Kerana itu tidak pelik, dalam keadaan jadual yang MAHAPADAT. Beliau masih lagi, sempat mengarang buku.

2. PELANGGAN TIDAK AKAN MENERIMA ALASAN KELEWATAN ANDA WALAUPUN JADUAL HARIAN ANDA MAHASIBUK.

Dr Daud, menasihati. Jika kita ingin dianggap profesional. Maka pastikan tepat masa. Pelanggan hanya ingin anda tiba tepat pada masanya dan melaksankan tugas yang diberikan. Segala alasan kelewatan itu atas tanggungjawab sendiri.

3. MAHASIBUK DAN MAHAPADAT.
Dua istilah ini anda akan jumpa paling kerap dalam buku ini. Dr Daud memberi contoh jadual sibuknya pada 1- 15 Disember 2015. Dalam tempoh tersebut. Hari ini berangkat ke KABUL, Esok balik Malaysia dan petangnya perlu berada di Kabul kembali. Lebih kurang begitulah keadaanya.

Walaupun dalam keadaan sibuk sebegitupun. Beliau dapat menguruskan masa dengan baik. Pastinya sesibuk manapun jadual kita. Pastinya tidak sesibuk jadual beliau.

4. PEMIKIRAN KREATIF BAKAL MENJIMATKAN MASA (KISAH PANTRI SYARIKAT AMANIE)
Pemikiran yang kreatif bakal menjimatkan banyak masa sesuatu kerja. Sebagai contoh. Bagi meningkatkan kreativiti pekerja. Beliau memastikan Pantri syarikat beliau sangat selesa untuk para pekerjanya bersosial. Ya pantri. Kerana kerap kali di pantri, pekerja dapat berfikir dalam keadaan tiada stress dan tenang. Keadaan tenang sebegini bakal menimbulkan idea yang kreatif untuk produktiviti syarikat.

5. MEMOTONG MASA YANG TIDAK BERMANFAAT.
Dengan memotong masa yang tidak bermanfaat. Kita dapat menjana lebih banyak masa. Umpama replace masa tersebut dengan perkara yang bermanfaat. Ramai orang dapat menyiapkan tugasan dalam masanya. Namun tidak ramai orang dapat memotong masa yang tidak bermanfaat. Banyangkan, dengan menukar tabiat membazir masa bermain DOTA kita membaca buku yang menambahkan nilai pada kemahiran kita.

6. 1 KERJA PER UNIT MASA VS BANYAK KERJA PER UNIT MASA.
Biasanya, dalam teknik pengurusan masa. Kita diajar untuk fokus pada satu kerja sampai siap. Namun bagi Dr Daud, seorang yang hebat adalah orang yang mampu menyiapkan banyak kerja dalam 1 tempoh masa yang sama. Produktiviti meningkat. Dana banyak kerja dapat disiapkan dalam 1 masa. Dr Daud berkata, sebagai majikan. Beliau sanggup membayar harga yang lebih mahal untuk pekerja yang boleh melakukan pelbagai tugas dalam saru tempoh masa. Pastinya pekerja ini menyiapkan tugas dengan cepat dan paling penting,menjimatkan masa.

7. TEKAD.
Tiada siapa yang menyangkal, apabila kita melakukan kerja dengan bersungguh dan tanpa henti. Kita bakal mengalami keletihan yang amat sangat. Namun untuk menarik brek sebelum siap kerja. Pastinya tidak. Biarpun terpaksa tidur 2 ke 3 jam sehari.

KESIMPULAN.
Banyak lagi input yang bermanfaat dalam buku ini. Seringkasnya pada saya. Dr Daud Bakar adalah orang yang amat bermotivasi tinggi. Beliau memetik beberapa tokoh pembangunan diri dalam buku ini. Beliau begitu bersemangat.

Pelbagai impian beliau, membuatkan saya tersenyum. Namun saya yakin beliau tidak bergurau dan serius dengan impian beliau. Contohnya Robot AI Kewangan Islam, Rumus prestasi sebenar dan pelbagai lagi.

Saya amat teruja untuk lebih mengenali insan bermotivasi tinggi ini. InsyaAllah, saya akan menyerap sebanyak mungkin motivasi dan nasihat dari Datuk. Kalau saya boleh mencadangkan. Saya berharap Dr boleh menulis buku tentang pengurusan syarikat. Bermula dari penubuhan syarikat, pengurusan staf dan pengembangan syarikat. Jujur saya amat teruja membaca buku ini. Teruskan menulis Dr.

P/s : Buku ini lebih mahal daripada Emas. Amat rugi sesiapa yang bercita -cita besar tidak memiliki buku ini.

*Kredit Nota ini Pada Saudara Hafidz Zawawi PU Fidz.


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts